Sunday, November 22, 2009

kubawa tangisan ini ke singapura, teesya.

bohong kalau saya katakan penang tiada kenangan manis.

walaupun rimas dengan kesesakan kota, pening kepala dengan karenah sebahagian penduduknya - baik melayu, cina, india; bengang dengan sikap bos, biul dengan lagak sombong anak mami, sakit hati dengan gelagat pemandu, tapi penang tetap ada nostalgia.

di penang, saya secara berasingan terberkenalan dengan dua gadis - chafizomie dan teesya. kedua-dua mereka yang saling tidak mengenali, sentiasa baik terhadap saya sepanjang masa.

dulu, kini dan selamanya.

mereka langsung tidak pernah menyusahkan saya walau sekalipun, walau sekalipun - biarpun saya kerap menyusahkan kehidupan mereka. mereka, sebagai perempuan bujang pintar menganggar sempadan persahabatan dengan lelaki berstatus suami.

Bijak mereka menghindar perasaan dari terpaut hati dengan saya. mereka sama sekali tidak pernah cuba menggugat kedudukan isteri. sama ada mereka berasa tidak layak berlakikan saya yang separa kacak, itu saya kurang periksa.

teesya.

atau ejaan sepatutnya, tisya. nama sebenarnya siti atisya. adalah seorang perempuan yang saya kenal melalui skype. lebih awal dari perkenalan saya dengan chafizomie. fariz iswadi - rakan sepejabat ketika itu, yang memperkenalkan kami.

entah.

antara kami seolah-olah terjalin persahabatan akrab, langsung saya dan fariz menjadi penghuni tetap restoran istimewa yang menyediakan wife percuma - lokasi sama ketika pertama kali bertemu ckbayu.

kami pada peringkat awal perkenalan memang gila berskype. biasanya kami voice, tidak hanya berchat. penat beb, tulis, tulis aje. bercakap lagi senang. sampaikan saya memandu merah-merah manja pun sempat berskype - voice.

kami jadi akrab dan akrab dan akrab.

kira-kira sebulan lamanya, kami - setiap hari meladeni skype antara jam 12 tengah malam hingga 4 atau 5 pagi. kami saling kutuk mengutuk, bernyanyi dan ntah apa-apa lagi. ceria, menjadi tema persahabatan.

kami saling mempercayai. tiada hidden agenda antara kami. tiada kepentingan yang mengikat persahabatan kami. saya sendiri mulanya tidak menganggap teesya sebagai orang yang penting dalam kehidupan peribadi.

sekadar kawan maya, kawan biasa.

sehinggalah peredaran masa membuatkan saya menyedari yang teesya adalah seseorang yang boleh diharap sebagai sahabat. sahabat yang boleh kita ceritakan apa saja sesuka hati - tiada batasan, tiada kekangan.

sejak itu, dari berskype, kami bertelefon. fariz paling rajin bergayut dengan teesya. kata-kata fariz selalunya gila-gila tapi sopan lagi lucu. kata-katanya selalu tak senonoh tapi tak pernah lucah.

lain pula saya, sarat dengan unsur romantisme dan lucahisme.

"bosanlah zall ni," complain teesya apabila saya kerap menggunakan ungkapan ala-ala romeo, walaupun antara kami hanya ada persahabatan. sejujurnya, saya tak reti bercakap dengan nada dan gaya fariz.

(sebagai lelaki separa kacak, saya secara automatik dengan mudah menjadi seorang lelaki paling romantis apabila bersembang dengan perempuan, walaupun cuma seorang sahabat)

dan, eita pun memahami persahabatan kami. eita, danny juga pernah berskype dengan teesya walaupun mereka tak rapat mana. teesya apabila dikirim gambar eita dan anak-anak, selalu kata:

"...eita chantek, untung zall."

dan saya dengan nakalnya akan berkata: "dah tu yang rugi siapa? teesya..?" teesya pula hanya ketawa sebelum berkata: "laki orang tak main la...", menjadikan saya makin galak menakal: "rugi la tak main laki orang..."

akhirnya, teesya akan mengamboi-amboikan saya seraya mengubah topik perbualan. begitulah kami walaupun mula mengurang aktiviti skype lantaran kesibukan kerja dan hal peribadi masing-masing.

pun begitu, kami masih akrab. masih berym, masih berskype, masih bertelefon bila ada kelapangan. masa saya di shah alam dan baru pulang dari program esastera di jakarta, teesya ada call, menyatakan beliau ada di penang.

kami bersembang seketika. sejujurnya, saya layan ala kadar sahaja kerana hani hamsyari dan kak ina marjana ada di sisi isteri dan anak.

lewat telefon, teeysa selalu berpesan: "zall jaga eita, danny baik-baik. kalau tak jaga, nanti teesya marah zall. kepada teesya, yelaahhhhh.

sebenarnya, saya bercadang untuk menemui teesya mac ini. kebetulan keluarga eita dari sabah mahu bercuti di langkawi. inilah masa paling sesuai kerana isteri ada bersama. tidaklah nanti, pertemuan kami dibalut kecurigaan.

saya ada menyatakan hal itu dan memintanya membantu membooking apartment tapi teesya kedengaran, agak keberatan.

kini, saya sudah tahu kenapa.

teesya seakan-akan tahu, hayatnya tidak sampai mac.

al-fatihah.

Sunday, October 25, 2009

isteri, anak dan...

kata orang, perempuan hamil ada macam-macam karenah. dan saya terpaksa bersetuju kerana pengalaman dan pengamatan mendapati perempuan tidak hamil pun banyak karenah, apatah lagi perempuan hamil.

mungkin, perempuan tidak banyak karenah hanya ketika sedang dihamilkan.

agaknya.

sesetengah mereka memiliki karenah melampau hingga tak boleh pandang wajah suami. ada sampai tergamak menghalau suami dari rumah. sampai begitu sekali!

entah benar, entah tidak saya tidak pasti.

dan, memang lumrah wanita hamil, kerap mengidam sesuatu.

ada yang mengidam nangka, ada yang mengidam durian, ada yang daging kambing, ada mengidam makan buku dan macam-macam lagi. pendek kata, karenah perempuan ketika hamil menjadi-jadi dan rencam.

kini, isteri saya sedang hamil anak ketiga.

sebagaimana perempuan lain, isteri saya juga banyak karenah, baik ketika mengandungkan dani irfan (kini berusia enam tahun) mahupun dean izzat (berusia lebih setahun). ada saja karenahnya.

sebagai suami yang baik dan kacak, saya seboleh-bolehnya meladeni setiap karenah isteri tersayang, sebagaimana kesudiannya melayani karenah saya ketika menghamilkannya.

cuma kali ini, isteri saya mengidam yang bukan-bukan. karenahnya memeningkan saya.

benar, tiada lagi roti canai di tengah malam atau menjamah ciku ketika mengandungkan dani irfan.

juga tiada marah-marah sepulangan saya dari pejabat ketika dean izzat dalam kandungan.

cuma, saya tetap tergaru-garu kepala.


"buat apa mahu beli beg tangan banyak-banyak?"

Wednesday, October 14, 2009

aku dan stokin adalah nostalgia paling basah.

1997.

isnin. saya menumpang tidur di rumah kawan ketika itu.

paginya, saya terkocoh-kocoh untuk menghadiri temu duga. ia amat penting buat saya, terlalu penting kerana saat itu saya dalam keadaan goyah sangat. saya perlu berjaya untuk meneruskan hidup yang tercantas dek kesilapan sendiri.

selepas mandi, berpakaian dan memastikan saya kacak seperti biasa, saya bergegas ke muka pintu sambil mengekori seorang kawan yang menawar diri untuk menghantar saya ke lokasi temu duga.

"ehh, mana stokin aku sebelah lagi?" mata saya melilau dan tangan mula memunggah serta menterbalik lambakan kasut yang ketara berserakan.

tiada.

"cepatlah lakhanat, aku nak pergi kerja ni," kawan saya sudahpun menghidupkan kereta, dan bunyi enjin gagal menenggelamkan laungannya.

saya terpinga-pinga. tapi, tangkas membuat keputusan.

"sebelah pun sebelahlahhhhh..." saya berlari anak ke kereta yang bukan buatan malaysia itu.

alhamdulillah, saya berjaya dalam temu duga itu dan diterima sebagai kakitangan syarikat media tersohor di negara ini. maka bermulalah kehidupan saya selaku seorang wartawan di media arus perdana sehinggalah saya berhenti, akhir julai lalu.

* * *

2009.

ahad. saya sedang diulek mimpi paling basah ketika menerima panggilan telefon yang meminta saya hadir temu duga yang sepatutnya berlangsung pada isnin.

"haji takut esok dia sibuk. kau datang sekarang. bawa apa yang patut," saya mengangguk-angguk kepala dengan mata separa pejam.

tanpa mengeliat, saya mandi, berus gigi dan berpakaian sekacak-kacaknya.

anak masih tidur tapi isteri memandang tanpa kerdip, seakan-akan terpesona.

"malam kang," saya bertegas kemudian dipeluk dan dikucup mesra.

tanpa mempeduli perasaan yang menjalar, saya mengutip kasut dan bertanyakan isteri:

"eh, mana stokin abang...?"

"alamak bang, basah lagi. `kan malam tadi saya cuci," isteri menjawab sambil mempamer riak bersalah tapi saya mengerti isteri membasuh awal sebagai persiapan untuk isnin.

"hmmmm..."

dan, tanpa stokin, berkaki togel yang dilitupi sepasang kasut yang malamnya tidak sempat dikilat lantaran kebasahan di ranjang, saya dengan kacak melangkah ke lokasi temu duga.

alhamdulillah, saya berjaya dalam temu duga dan diterima bekerja sebagai wartawan media alternatif sehinggalah sekarang.

Sunday, August 30, 2009

lembu tak bijak, melayu memang bodoh.

saya memang sedari dahulu tahu yang ramai orang melayu-Islam bodoh dan bangang lagi bengap.

orang melayu-Islam ramai yang mudah dibuai emosi tak tentu hala. mudah marah-marah bila kepentingan bangsa dicuit walaupun sebenarnya mereka tak pernah tahu siapa sang sapurba, siapa tun sri lanang.

orang melayu-Islam memang mudah dibakar emosinya apabila kesucian agama dipersoal walaupun solat jumaat setahun sekali pun susah, solat fardu jangan cerita la. biasanya, mereka lebih sudu dari kuah berbanding orang agama sendiri - yang sesekali tergelincir juga dalam jerangkap assabiyah.

sebab itu saya kata bangsa saya ini, bodoh lagi celaka.

huhh, tak kira berapa celaka pun kamu, berapa lakhanat pun kamu, suka hatilah. tapi, belajar-belajar menghormati pihak lain yang berbeza bangsa, agama mahupun hobi ataupun saiz anu sendiri.

(iklan perpaduan: kata kawan kepada kawan saya, james namanya - perpaduan paling utuh antara semua bangsa di malaysia hanya apabila bersenggama dengan pelacur. tak kira apa bangsa pelanggan, apa bangsa pelacur, janji sedap. tibai sajalah...)

ohh, anggap sajalah saya salah, mencarut dan melucah di ramadan yang mulia ini. maka, mudahlah kamu melabelkan saya sebagai pengkhianat bangsa dan agama kerana kamu memang ditakdir bakal ahli syurga - mengikuti penilaian kamu sendiri.

saya bukan, juga hasil penilaian kamu yang bijak dalam bangang lagi lakhanat.

berbeza dengan saya; syurga, neraka saya hanya ditentukan-Nya. bukan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu, dan kamu!!!!

dan apabila pihak lain itu mula membalas ketidakhormatan kamu kepada agama mereka, dan melakukan sesuatu yang mungkin mencela agama kita, kamu naik berang. dan dengan lantang sanggup melanggar pantang segala pantang.

mulalah sibuk mengasah parang, kononnya mahu mati syahid demi bangsa dan agama tercinta.

sedangkan, tadinya kamu baru saja mengasah anu; kamu baru saja merampas dara anak melayu-Islam dengan kahak pujukan paling manis (dan masin?)

sudah!

saya malas melayan amarah di ramadan ini. nanti jadi seperti kamu pula. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu. dan kamu........

(sumber: www.jebatsari.wordpress.com)

Tuesday, August 4, 2009

...bujang anak dua.

entah sudah berapa hari, aku mem'bujang'.

sebagai penganggur, aku hanya merewang saban hari. sekejap jumpa kawan itu, sekejap jumpa kawan ini. tapi, hampir tiap-tiap hari jumpa kalamutiara. alangkah indahnya hidup jika kalamutiara adalah seorang gadis seksi tanpa kumis.

fuhhhh....

actually, ada gak sesetengah kawan ajak jumpa, tapi aku saja mengelak. malas melayan soalan-soalan rencam berkaitan kerja yang dijangka bakal dikeudarakan. lagipun, mereka tidak chantek walaupun sebahagiannya boleh dikategorikan sebagai kacak.

dan, kalau lepak kat booth esastera selalu, segan lak. macam mengganggu je. keje tak buat apa pun. bersembang dengan kablam bukan membantu namanya. lagipun, aku takut aku yang menjadi bahan belian pembeli wanita.

hahahhaha.

maka, jadilah aku - seorang lelaki yang dilanda keboringan tahap gaban. nak membaca - malas, nak menulis - tadak idea, nak makan pun boring, nak main internet, tadak mood, nak merayau takde teman.

hishhhhh...

sebab tu aku bengang tol, sapa la yang kata jadi bujang selepas kahwin adalah nikmat paling agung? penipu...! dan aku tertipu walaupun nama aku bukan tipah.

okey la beb.

aku nak masak air dalam rice cooker.

kita minuummmmmmm duluuuuuuuuu.

Thursday, July 9, 2009

diskusi antalogi cerpen 'cerita gelisah'


Panel Satu: Sohaimi A Aziz (Pensyarah USM)
Panel Dua: Adi Alhadi (Penulis Gila-Gila dan Matt Romeo)
Moderator: jebatsari (Ketua eSastera Pulau Pinang)

Masa : 10 pagi - 12 tengah hari.
Tempat : Rumah Pena

Cerita Gelisah, terbitan eSastera.com memuatkan cerpen siber karya kalamutiara, roslan jomel dan naimisa.

* anjuran eSastera Kuala Lumpur.

Monday, June 29, 2009

ini sajak paling merah


merah bukan marah
merah bukan setan
marah itu kesetanan.


merah itu garang
merah itu berani
merah-merah is the reds.



Wednesday, June 10, 2009

perkataan paling silau pernah kaubaca !

alin akan bernikah dengan alan, seorang jejaka bertubuh kekar tapi botak kepalanya walaupun usia baru saja mencecah angka tiga puluh. tapi, alin tak peduli. alin tetap mahu alan - lelaki botak itu.

lagipun, memang menjadi trend zaman sekarang, lelaki muda membotakkan kepala. dulu mawi pun botak juga. botak, hensem apa? di mata alin, lelaki botak, seksi!

gerammmmmm!

bezanya, bakal suami alin tidak perlu membotakkan kepala. memang sejak awal perkenalan lima tahun lalu, alan memang sudahpun botak - licin, botak yang ori.

gersang, langsung tiada rambut mahu tumbuh.
`
pedulilah umpatan orang! alin yakin pilihannya tepat, bijak dan paling penting, menepati cita rasanya. alin sungguh optimis kehidupan rumah tangganya kelak bakal penuh dengan sinar gemerlapan,

walaupun ketika earth hour.

cuma, kebanyakan lelaki botak sudah lanjut usia, dan kebanyakan mereka pula berperut gendut. lazimnya, lelaki yang ori botaknya telah berkahwin dan beranak-pinak. tapi, alan lain.

alan botak dalam usia muda.

botak alan menjadikannya lelaki kacak, demikian tanggapan chafizomie. eh, silap alin.


(aku terima nikahnya dengan alin binti aling dengan mas kahwin sebingkai rayban dengan hutang kad kredit. sah? sah, sah, sah, sah)


dan, malam pertama menjelang tiba.

alin menelentang di ranjang. masih berpakaian, belum telanjang. masih malu-malu, kemaluan terbayang-bayang.

lampu bilik semuanya sudah dimati sejak tadi - gelap. biarlah, fikir alin.

nanti alan masuk bilik, akan teranglah bilik itu. itulah untungnya kahwin dengan lelaki botak - jimat elektrik.

seminit telah berlalu, ailin terasa bagai sejam.

pintu berkeriut, dibuka dan dikatup semula. alin mematikan pergerakan - pura-pura tidur. masih malu-malu walau kemaluan terbayang-bayang.

alin mengeliat - isyarat menyatakan yang dia belum lena; mengharapkan suami menjalankan tanggungjawapnya, sekali gus melengkapkan dirinya sebagai perempuan sejati.

tanpa lampu mahupun pancaran bulan, cahaya berbalam-balam, mereka perlahan-lahan mula merakus - bercumbu ntah apa-apa.

bersentuhan. berpelukan. berciuman. bergigitan. berabaan. beramasan. berlidahan. bergomolan. dan segala ber dan an, kecuali bertiduran.

di ranjang yang keronyok cadar, ailin melebar kangkang. malu kian hilang, kemaluan dekat mendatang. mata dipejam rapat. menanti sesuatu. dan memang, sesuatu terasa.

sadaqallahulazim kepada dara yang kupelihara 25 tahun lamanya, ucap alin dalam hati.

alin pasrah. dan total menyerah.

tapi, baru di bibir tapi sakit, pedih, ngilu, pedih, bisa semuanya kuat terasa.

alin tersenyum bangga. alangkah hebatnya suami aku, alangkah beruntung aku, khayalan alin semakin membukan-bukan.

"...besarnya abang!"

"hmmmm.... susahnya nak masuk!"

"...memanglah, besar gilaaaa bang. alin suka."

"hishh, bukanlah....ini kepala atas."

"hah ?!!"


dan, alin terbayang-bayang vaginanya terang-benderang.

Tuesday, May 5, 2009

sajak manusia berkelakuan anjing


kitapun bertemu lagi
di ranjang terlarang
menatang dosa sarat bersarang
saat gersang datang bertandang
tak pernah kita undang.

dukamu langsung hilang
wajahmu ceria girang gemilang
lantas kau
m e n e l e n t a n g
telanjang
kemudian terkangkang.


heiii,
aku mau doggie laaa!


sojar tanpa c4
sepulangan dari jakarta-bandung

Thursday, April 16, 2009

i.s.a

dalam sebuah dewan yang penuh sesak dengan ahli sebuah parti politik hingga premis itu berbau tengik, masam dan berkuap, sebuah pemimpin parti tersebut berucap di rostrum dengan nada lantang tentang suatu pantang.

"dalam banyak-banyak pemimpin parti kesayangan kita ini, sayalah orang pertama yang membangkang apa jua usaha untuk menghapuskan i.s.a.!!!"

"hidup i.s.a"

"hidup i.s.a"

"hidup i.s.a"

begitulah lantangnya tempikan para pengikut pemimpin parti politik tersebut hingga bergegar dewan berkenaan, kira-kira jam 4.30 petang.

"jangan sesekali menghapuskan i.s.a...!"

"jangan harap kamu dapat menghapus saya dari persada politik negara..." suara pemimpin itu kian kuat melantang tentang suatu pantang di remang petang.


begitu kata i.s.a samad.

Friday, April 10, 2009

sajak selamba yang bebas lagi babas (tapi tak pakai simbol bas)

pinjamkan aku api pidatomu
buat menggamat riuh sorak penyokong
kalau ada seorang dua.

ajarkan seni perang saraf
biar kutawan rasional dan emosi
keliru mereka adalah soru aku.

bentangkan aku strategi genderang
biar malap harapan jadi cahaya benderang
walau ketika earth hour.

panggilkan aku dukun hujung kampung
bawa sekali dupa kemenyan
buat menghalau Altantuya dari siri kempen.

bacakan aku petua fitnah dan kelentong
biar beralih pendirian mereka
ketika aku tak perlu berganjak.

akhir sekali,
pinjamkan aku RM8,000
aku mau jadi calon ke-16!




sojar tanpa C4 aka js.
bukit selambau
29 mac - 7 april 09

sajak yang enggan kuberi judul.


dengan labuh jilbab
kau serkup aku dengan asmara.

tidak aku nampak sesiapa
walaupun




aku.

Thursday, April 9, 2009

l i w a t


+ aku suruh korang ambil bukit selambau dan bukit gantang, kenapa kauambil batang ai?

- (terpinga-pinga)

+ lepas ni, macam mana kita nak buat tuduhan baru pada anwar ibrahim?

- (tepuk dahi)

Tuesday, April 7, 2009

antara dua bukit, ada batang

menyahut seruan suruhanjaya pilihan raya (spr), saya sebagai rakyat malaysia yang baik mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

jadi, saya bangun pagi. gosok gigi, minum kopi radix satu cawan. dan mandi. kemudian berpakaian seadanya. selepas mendapati diri amat segak lagi kacak, saya menghidupkan enjin kereta.

saya bergegas ke sekolah yang menjadi pusat pengundian untuk membuang undi yang jaraknya beribu-ribu batu. saya sendiri tidak pernah mengira berapa banyak batu digunakan untuk menurap jalan dari resort cinta sayang ke pusat mengundi itu.

sambil melangkah keluar dari kereta, saya sempat berpesan kepada beberapa pengundi yang turut mahu membuang undi di bukit selambau: "jangan buang undi merata-rata. tengok-tengok dulu sebelum buang. cintailah kebersihan"

setiba di dewan mengundi, saya dikejutkan dengan tutur manis seorang petugas spr seorang wanita tidak cun dan mengatakan nama saya tidak ada dalam daftar pemilih dewan undangan negeri (dun) bukit selambau.

hek elehhh, bengang tolll...

namun, aku cuba berwajah selamba sambil berfikir sebanyak lima belas jenak bagi mencari satu penyelesaian atau ketetapan yang tepat.

laaaa.... aku bukan pengundi bukit selambau!


aku pengundi nurul izzah !!!

Friday, April 3, 2009

ceritera selamba yang labahau tentang bukit selambau

dalam sebuah gua yang pintunya hanya boleh terbuka dengan nyanyian ala-ala karaoke di bukit selambau, sebuah kawasan yang jarang kedengaran di telinga masyarakat banyak di sebuah negara majmuk, seorang kepala penyamun membuat pengumuman maha penting.

"esok, malammmmm..., kita rompak rumah yang ada tanda pangkah!"

"yeeeeeeeeeeeeee!"

seluruh penyamun dalam gua itu, bersorak gembira dan terkinja-kinja, macam kera kena belacan daaaa.

untuk merealisasikan rencana itu, kepala penyamun mengarahkan seorang sarjan menandai rumah sasaran dengan tanda pangkah - bukan dengan kapur tapi dengan torehan keris kontot panca warisan.

sebaliknya, sarjan yang tidak pendek itu, melakukan kesilapan.

"aku suruh kau pangkah rumah yang ada harta karun, mengapa kau pangkah semua 15 rumah yang ada di kota bukit selambau?"

"maaf, cif..." kata sarjan sambil tunduk dan mengangguk-angguk kepala seperti kebiasaan ahli parti yang memerintah negara majmuk itu - mengakui kebodohannya.

"bodoh, baghal, taik unta, tak sekolah!" maki kepala penyamun sambil bercekak pinggang dan mundar-mandir.

kepala penyamun itu kemudian mengarah seorang lagi orang kanannya yang berketurunan jepang, melaksanakan misi sama - membuat tanda pangkah di rumah sasaran.

"bagero-san, esok pagi-pagi kamu pergi kota bukit selambau, cari rumah yang ada harta karunnnn. bagi tanda pangkah. "

"pangkah besar-besar," pesan kepala penyamun itu.

"haittttt, nanti saya pangkah ho rumah yang ada harta karun na." terangguk-angguk dia kemudian membongkok hormat - tidak pula mencium tangan seperti kebiasaan ahli parti yang memerintah negara majmuk itu.

tapi, orang kanan itu turut mengulangi kesilapan sama.

"aku suruh kau pangkah rumah yang ada harta karun, mengapa kau pangkah tandas rumah gane-san? kau tau berapa banyak aku sudah rugi kena beli minyak wangi?

"huhh, najis, busyukkkk..."

"...kaupun bengap macam sarjan, bodoh, baghal,kelabu asap," makian kepala penyamun menjadi-jadi dan berbakul-bakul sampai, kalau ditimbang pasti dacing berat sebelah.

"maaf cif, gane-san itu kawan lama. dulu sama-sama kecik-kecik selalu main bom di monggolia.

"caitttt, bodoh. itu monggolia, ini negara majmuk! kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang. sekali aku lesing baru tau! takpun, aku letup dengan c4!" tengking kepala penyamun itu.

"lelaki buncit suara halus!"

"yes cif..."

"kau sediakan, apa saja...err, takar ka, buyung ka; asalkan boleh memuatkan 40 orang penyamunnn," kata kepala penyamun sambil mata menjegil ketika memberi arahan dengan membayangkan strategi ampuh bagi menakluk rumah sasaran.

"errr, peti undi pos boleh, cif?"

"asalkan kita dapat rampas harta karunnnn. pakai peti undi pos ka, undi hantu ka, semua boleh! "...tak apa, pedulikan hal-hal lain," tekad kepala penyamun dengan wajah bengis di sebalik senyuman yang selalu terpapar manis di buletin persatuan barisan penyamun-penyamun tegar.

ceritera ini berakhir tepat pada tujuh april dua ribu sembilan apabila watak ketua penyamun dan 40 penyamun, mati di rumah seorang rakyat marhaen yang jujur dan rajin bersedekah dan tidak tamak harta dan tidak rakus kuasa dan tidak mengambil komisen pembelian kapal selam dan tidak berkhalwat di port dickson dan tidak mengarahkan polis mengebom orang.

sekian.

Wednesday, April 1, 2009

...dari sisi seketul hati.

aku terlalu naif untuk menjadi idola.

aku terlalu jahat untuk menjadi pembimbing.

aku terlalu bodoh untuk menjadi mentor.

aku terlalu tua untuk menjadi abang angkat.

dan,

aku tersangat kacak untuk menjadi kekasih gelap kalian.


...errr cici, tuti,

jangan pergi,

boleh?

Wednesday, March 25, 2009

keterbalikan sidang bawah pokok


(sumber gambar: imranabduljabar.wordpress.com)

maka bertanyalah paramesmarah - seorang speaker kepada sekumpulan mamanda ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) apabila terpandang akan kejadian seekor kancil menendang seekor bull dog hingga tersungkur ke sungai dan nyaris kelemasan.

"apakah gerangan yang berlaku?"

"mana mungkin seekor kancil mampu menendang seekor bull dog yang tiga belas ganda lebih besar? apakah petanda di sebalik peristiwa ini, mamanda exco?" paramesmarah kebingungan sambil tergaru-garu kepala di sebalik songkok.

"pada hemat patik, ini petanda baik, tuan ku," balas seorang mamanda exco.

"sang kancil adalah simbol hidupan yang kudratnya lemah tapi dan kebijaksaannya mampu memberi kekuatan fizikal ke tahap gaban untuk menendang dengan jitu, kuat lagi padu.

"...sedangkan bulldog pula adalah binatang yang hanya tahu menggonggong tulang untuk mengenyangkan perutnya dan menyalak untuk menakut-nakutkan hidupan lain termasuk kancil supaya patuh dan tidak menderhaka," katanya lagi.

paramesmarah berpuas hati dengan penjelasan itu.

paramesmarah kemudian berdiri sambil memandang kawasan sekitar. kemudian, bertanyakan nama pokok tempat dia bersandar ketika menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

"apakah nama pokok ini?"

"pokok melakakah ini, mamanda exco?" paramesmarah membuat serkap jarang sambil teringat akan keanehan bull dog mutasi di sebuah negeri yang mengamal tabiat aneh - sentiasa gemar makan bersuap.

"bukan tuan ku. ini bukan pokok melaka.

"adapun, mengikut firasat patik, kebanyakan rakyat marhaen menggelarnya 'pokok demokrasi', tuan ku," kata mamanda exco itu.

"hmmmm..."

selepas berfikir beberapa jenak, paramesmarah kemudian membuat ketetapan bulat untuk membuka negeri di lokasi berkenaan.

keputusan itu menyebabkan beberapa mamanda exco berpandangan sesama sendiri.

"molek memang molek tuan ku, cuma patik khuatir satu perkara," tingkah seorang memanda exco.

"...tidakkah tuanku sedar banyak katak berkeliaran di kawasan ini. bukankah kelak, ia mungkin mengganggu gugat pentadbiran tuan ku apabila kita bernegeri di sini?"

"bull dog!"

"ehh, silap...bullshit!" tempik paramesmarah.

"hukum buang daerah semua katak-katak itu! kalau katak itu enggan, kita rebus jadi sushi!" paramesmarah dengan tegas membuat satu lagi ketetapan bagi memastikan bakal kerajaannya tidak ditumbang secara coup de at.

"by the way, mamanda exco..."

"mengapa bull dog yang kita semua lihat tadi, botak kepalanya? botaknya pun saling tak tumpah macam laki kepada ratu rosma, pemerintah sebalik tabir negara bernama messi-4," tanya paramesmarah, kehairanan.

"ooooh! mungkin, supaya sama rupa dengan bentuk kepala mikrofon kottt!"

(tidak bersambung)

Tuesday, March 24, 2009

Sunday, March 22, 2009

empat satu; empat kosong; lima kosong

memang mat da terkenal dengan sifat kebodoh-bodohannya, sampai jadi bahan usikan budak-budak tak sunat dan kini, mat da kehilangan ibu bapanya yang menjadi tempat berlindung selama ini.

mat da jadi takut.

bimbang tiada siapa lagi yang mahu membelanya apabila diganggu budak-budak tak sunat saban hari. mat da trauma mengenang tragisnya dilontar najis, disuruh minum air kencing atau duburnya dijolok ranting kayu mati.

mat da takut sungguh.

ahh, betapa sakitnya puting kanannya disepit penyepit baju ketika belenggeng kepenatan memanjat pokok kepala. atau, telur zakarnya dipicit-picit. atau batang kemaluannya ditarik memanjang secara paksa, selepas kain pelikatnya diselak seusai solat maghrib di surau renta.

mat da takut sungguh.

dan, apabila mengenangkan janda muda selang tiga rumahnya, mat da tergigil-gigil. sejujurnya, mat da lebih takutkan janda itu daripada budak-budak tak sunat. kengeriannya terhadap janda muda itu terasa lebih mencengkam.

mat da takut sungguh.

masih likat di ingatan mat da bagaimana janda muda tiada anak itu mengulangi perkara sama yang dilakukan budak-budak tak sunat. memicit-micit puting kanannya, menggenggam telur zakar, malah menarik-narik batang kemaluannya.

memanglah budak-budak tak sunat pun buat benda sama tapi janda muda ni, lain. lain sangat. nak kata ganas, memang ganas. dan, mat da terasa lain sangat. kadang-kadang ngilu, kadang-kadang senak, kadang-kadang perit.

macam-macam ada.

paling ditakuti mat da, dia terkencing lagi dalam seluar. mat da takut, sebab air kencingnya lain. likat dan lekit, tak macam selalu. kali ini, air kencingnya tak kuning tapi putih kekuningan dan pekat. mat da bimbang dia dijangkiti penyakit kronik.

mat da takut sangat.

sedang mengelamun di kaki anak tangga rumah seusai pengebumian ibu bapanya yang kojol dalam kemalangan selepas merempuh anak tapir sebesar anak lembu, tiba-tiba atuk sedaranya datang menyapa.

"jangan bimbang da, atuk akan jaga kau sehingga akhir hayat atuk. lepas ini, tak de sesiapa akan berani usik kau lagi. nanti aku tengking budak-budak tak sunat tu. pasal gangguan janda tu pulak, kau serah pada aku."

mat da menarik lega. memang atuk sedaranya memahami perasaannya, malah, seakan-akan mampu membaca fikirannya. mat da mula mengukir senyuman. pintar betul atuk sedaranya. dalam hati, mat da berkata: atuk sedara aku baik betul.

"you'll never walk alone,"

begitu janji atuk sedaranya.

Wednesday, March 11, 2009

mesej chenta trengkas (lagi belangkas?)

+ i xde hati ni. tolong cari, ilang la.

- hilang? jatuh ke tertinggal?

+ x tau. ingat nak repot polis. orang curik kot.

- apasal nak balik hati 2. cari lain je la.

+ kalau camtu, i amik hati you je la.

- boleh je… tapi kena share la. boleh?

+ boleh kot. i ok je.

- takpe ker? bukan ramai lagi yang berebut nak bagi hati kat abg? amik dgn dorang je la.

+ hati dorang x memenuhi piawaian iso 2020

- ...tapi, hati saya takat iso 1986 je.

+ still better than them. hati dorang langsung takde iso. er, you x mo join rebut hati yang hilang?

- rebutkan hati yang hilang? saya lebih suka kalau hati 2 diperuntukkan khas utk saya.

+ peruntukan memang dah dikhaskan tapi belum ada kelulusan kabinet.

- membirokrasi atau dibirokrasi? jangan bubar kabinet!

+ kabinet x bubar tapi bukan mudah nak tubuh kerajaan campuran.

- tapi tak mustahil kan, kan...

+ memang tak mustahil. tapi, nanti baru je kerajaan baru naik takhta, BiNi attack. Kang kena bersidang bawah pokok atau tido kat kandang kuda plakkk... ha3

(bateri hp kong!)

Tuesday, March 10, 2009

uji atau test ???

uji uji uji uji rashid

testing testing testis