Friday, April 10, 2009

sajak selamba yang bebas lagi babas (tapi tak pakai simbol bas)

pinjamkan aku api pidatomu
buat menggamat riuh sorak penyokong
kalau ada seorang dua.

ajarkan seni perang saraf
biar kutawan rasional dan emosi
keliru mereka adalah soru aku.

bentangkan aku strategi genderang
biar malap harapan jadi cahaya benderang
walau ketika earth hour.

panggilkan aku dukun hujung kampung
bawa sekali dupa kemenyan
buat menghalau Altantuya dari siri kempen.

bacakan aku petua fitnah dan kelentong
biar beralih pendirian mereka
ketika aku tak perlu berganjak.

akhir sekali,
pinjamkan aku RM8,000
aku mau jadi calon ke-16!




sojar tanpa C4 aka js.
bukit selambau
29 mac - 7 april 09

3 comments:

  1. pinjam RM8000.00 kau nak jadi calon parti mana.......silap parti kau kena C4 hahahahaha

    ReplyDelete