Thursday, April 16, 2009

i.s.a

dalam sebuah dewan yang penuh sesak dengan ahli sebuah parti politik hingga premis itu berbau tengik, masam dan berkuap, sebuah pemimpin parti tersebut berucap di rostrum dengan nada lantang tentang suatu pantang.

"dalam banyak-banyak pemimpin parti kesayangan kita ini, sayalah orang pertama yang membangkang apa jua usaha untuk menghapuskan i.s.a.!!!"

"hidup i.s.a"

"hidup i.s.a"

"hidup i.s.a"

begitulah lantangnya tempikan para pengikut pemimpin parti politik tersebut hingga bergegar dewan berkenaan, kira-kira jam 4.30 petang.

"jangan sesekali menghapuskan i.s.a...!"

"jangan harap kamu dapat menghapus saya dari persada politik negara..." suara pemimpin itu kian kuat melantang tentang suatu pantang di remang petang.


begitu kata i.s.a samad.

Friday, April 10, 2009

sajak selamba yang bebas lagi babas (tapi tak pakai simbol bas)

pinjamkan aku api pidatomu
buat menggamat riuh sorak penyokong
kalau ada seorang dua.

ajarkan seni perang saraf
biar kutawan rasional dan emosi
keliru mereka adalah soru aku.

bentangkan aku strategi genderang
biar malap harapan jadi cahaya benderang
walau ketika earth hour.

panggilkan aku dukun hujung kampung
bawa sekali dupa kemenyan
buat menghalau Altantuya dari siri kempen.

bacakan aku petua fitnah dan kelentong
biar beralih pendirian mereka
ketika aku tak perlu berganjak.

akhir sekali,
pinjamkan aku RM8,000
aku mau jadi calon ke-16!




sojar tanpa C4 aka js.
bukit selambau
29 mac - 7 april 09

sajak yang enggan kuberi judul.


dengan labuh jilbab
kau serkup aku dengan asmara.

tidak aku nampak sesiapa
walaupun




aku.

Thursday, April 9, 2009

l i w a t


+ aku suruh korang ambil bukit selambau dan bukit gantang, kenapa kauambil batang ai?

- (terpinga-pinga)

+ lepas ni, macam mana kita nak buat tuduhan baru pada anwar ibrahim?

- (tepuk dahi)

Tuesday, April 7, 2009

antara dua bukit, ada batang

menyahut seruan suruhanjaya pilihan raya (spr), saya sebagai rakyat malaysia yang baik mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

jadi, saya bangun pagi. gosok gigi, minum kopi radix satu cawan. dan mandi. kemudian berpakaian seadanya. selepas mendapati diri amat segak lagi kacak, saya menghidupkan enjin kereta.

saya bergegas ke sekolah yang menjadi pusat pengundian untuk membuang undi yang jaraknya beribu-ribu batu. saya sendiri tidak pernah mengira berapa banyak batu digunakan untuk menurap jalan dari resort cinta sayang ke pusat mengundi itu.

sambil melangkah keluar dari kereta, saya sempat berpesan kepada beberapa pengundi yang turut mahu membuang undi di bukit selambau: "jangan buang undi merata-rata. tengok-tengok dulu sebelum buang. cintailah kebersihan"

setiba di dewan mengundi, saya dikejutkan dengan tutur manis seorang petugas spr seorang wanita tidak cun dan mengatakan nama saya tidak ada dalam daftar pemilih dewan undangan negeri (dun) bukit selambau.

hek elehhh, bengang tolll...

namun, aku cuba berwajah selamba sambil berfikir sebanyak lima belas jenak bagi mencari satu penyelesaian atau ketetapan yang tepat.

laaaa.... aku bukan pengundi bukit selambau!


aku pengundi nurul izzah !!!

Friday, April 3, 2009

ceritera selamba yang labahau tentang bukit selambau

dalam sebuah gua yang pintunya hanya boleh terbuka dengan nyanyian ala-ala karaoke di bukit selambau, sebuah kawasan yang jarang kedengaran di telinga masyarakat banyak di sebuah negara majmuk, seorang kepala penyamun membuat pengumuman maha penting.

"esok, malammmmm..., kita rompak rumah yang ada tanda pangkah!"

"yeeeeeeeeeeeeee!"

seluruh penyamun dalam gua itu, bersorak gembira dan terkinja-kinja, macam kera kena belacan daaaa.

untuk merealisasikan rencana itu, kepala penyamun mengarahkan seorang sarjan menandai rumah sasaran dengan tanda pangkah - bukan dengan kapur tapi dengan torehan keris kontot panca warisan.

sebaliknya, sarjan yang tidak pendek itu, melakukan kesilapan.

"aku suruh kau pangkah rumah yang ada harta karun, mengapa kau pangkah semua 15 rumah yang ada di kota bukit selambau?"

"maaf, cif..." kata sarjan sambil tunduk dan mengangguk-angguk kepala seperti kebiasaan ahli parti yang memerintah negara majmuk itu - mengakui kebodohannya.

"bodoh, baghal, taik unta, tak sekolah!" maki kepala penyamun sambil bercekak pinggang dan mundar-mandir.

kepala penyamun itu kemudian mengarah seorang lagi orang kanannya yang berketurunan jepang, melaksanakan misi sama - membuat tanda pangkah di rumah sasaran.

"bagero-san, esok pagi-pagi kamu pergi kota bukit selambau, cari rumah yang ada harta karunnnn. bagi tanda pangkah. "

"pangkah besar-besar," pesan kepala penyamun itu.

"haittttt, nanti saya pangkah ho rumah yang ada harta karun na." terangguk-angguk dia kemudian membongkok hormat - tidak pula mencium tangan seperti kebiasaan ahli parti yang memerintah negara majmuk itu.

tapi, orang kanan itu turut mengulangi kesilapan sama.

"aku suruh kau pangkah rumah yang ada harta karun, mengapa kau pangkah tandas rumah gane-san? kau tau berapa banyak aku sudah rugi kena beli minyak wangi?

"huhh, najis, busyukkkk..."

"...kaupun bengap macam sarjan, bodoh, baghal,kelabu asap," makian kepala penyamun menjadi-jadi dan berbakul-bakul sampai, kalau ditimbang pasti dacing berat sebelah.

"maaf cif, gane-san itu kawan lama. dulu sama-sama kecik-kecik selalu main bom di monggolia.

"caitttt, bodoh. itu monggolia, ini negara majmuk! kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang. sekali aku lesing baru tau! takpun, aku letup dengan c4!" tengking kepala penyamun itu.

"lelaki buncit suara halus!"

"yes cif..."

"kau sediakan, apa saja...err, takar ka, buyung ka; asalkan boleh memuatkan 40 orang penyamunnn," kata kepala penyamun sambil mata menjegil ketika memberi arahan dengan membayangkan strategi ampuh bagi menakluk rumah sasaran.

"errr, peti undi pos boleh, cif?"

"asalkan kita dapat rampas harta karunnnn. pakai peti undi pos ka, undi hantu ka, semua boleh! "...tak apa, pedulikan hal-hal lain," tekad kepala penyamun dengan wajah bengis di sebalik senyuman yang selalu terpapar manis di buletin persatuan barisan penyamun-penyamun tegar.

ceritera ini berakhir tepat pada tujuh april dua ribu sembilan apabila watak ketua penyamun dan 40 penyamun, mati di rumah seorang rakyat marhaen yang jujur dan rajin bersedekah dan tidak tamak harta dan tidak rakus kuasa dan tidak mengambil komisen pembelian kapal selam dan tidak berkhalwat di port dickson dan tidak mengarahkan polis mengebom orang.

sekian.

Wednesday, April 1, 2009

...dari sisi seketul hati.

aku terlalu naif untuk menjadi idola.

aku terlalu jahat untuk menjadi pembimbing.

aku terlalu bodoh untuk menjadi mentor.

aku terlalu tua untuk menjadi abang angkat.

dan,

aku tersangat kacak untuk menjadi kekasih gelap kalian.


...errr cici, tuti,

jangan pergi,

boleh?