Wednesday, March 25, 2009

keterbalikan sidang bawah pokok


(sumber gambar: imranabduljabar.wordpress.com)

maka bertanyalah paramesmarah - seorang speaker kepada sekumpulan mamanda ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) apabila terpandang akan kejadian seekor kancil menendang seekor bull dog hingga tersungkur ke sungai dan nyaris kelemasan.

"apakah gerangan yang berlaku?"

"mana mungkin seekor kancil mampu menendang seekor bull dog yang tiga belas ganda lebih besar? apakah petanda di sebalik peristiwa ini, mamanda exco?" paramesmarah kebingungan sambil tergaru-garu kepala di sebalik songkok.

"pada hemat patik, ini petanda baik, tuan ku," balas seorang mamanda exco.

"sang kancil adalah simbol hidupan yang kudratnya lemah tapi dan kebijaksaannya mampu memberi kekuatan fizikal ke tahap gaban untuk menendang dengan jitu, kuat lagi padu.

"...sedangkan bulldog pula adalah binatang yang hanya tahu menggonggong tulang untuk mengenyangkan perutnya dan menyalak untuk menakut-nakutkan hidupan lain termasuk kancil supaya patuh dan tidak menderhaka," katanya lagi.

paramesmarah berpuas hati dengan penjelasan itu.

paramesmarah kemudian berdiri sambil memandang kawasan sekitar. kemudian, bertanyakan nama pokok tempat dia bersandar ketika menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

"apakah nama pokok ini?"

"pokok melakakah ini, mamanda exco?" paramesmarah membuat serkap jarang sambil teringat akan keanehan bull dog mutasi di sebuah negeri yang mengamal tabiat aneh - sentiasa gemar makan bersuap.

"bukan tuan ku. ini bukan pokok melaka.

"adapun, mengikut firasat patik, kebanyakan rakyat marhaen menggelarnya 'pokok demokrasi', tuan ku," kata mamanda exco itu.

"hmmmm..."

selepas berfikir beberapa jenak, paramesmarah kemudian membuat ketetapan bulat untuk membuka negeri di lokasi berkenaan.

keputusan itu menyebabkan beberapa mamanda exco berpandangan sesama sendiri.

"molek memang molek tuan ku, cuma patik khuatir satu perkara," tingkah seorang memanda exco.

"...tidakkah tuanku sedar banyak katak berkeliaran di kawasan ini. bukankah kelak, ia mungkin mengganggu gugat pentadbiran tuan ku apabila kita bernegeri di sini?"

"bull dog!"

"ehh, silap...bullshit!" tempik paramesmarah.

"hukum buang daerah semua katak-katak itu! kalau katak itu enggan, kita rebus jadi sushi!" paramesmarah dengan tegas membuat satu lagi ketetapan bagi memastikan bakal kerajaannya tidak ditumbang secara coup de at.

"by the way, mamanda exco..."

"mengapa bull dog yang kita semua lihat tadi, botak kepalanya? botaknya pun saling tak tumpah macam laki kepada ratu rosma, pemerintah sebalik tabir negara bernama messi-4," tanya paramesmarah, kehairanan.

"ooooh! mungkin, supaya sama rupa dengan bentuk kepala mikrofon kottt!"

(tidak bersambung)

1 comment:

  1. Pala botak pasal kena kencing ngan bull dog....
    sojar tanpa C4 masmih mampu berperang janji ada semangat.....

    ReplyDelete